Hari Isnin yg Sibuk

Dear Jurnal..

Nampaknya ni artikel post yg pertama d tahun 2017 ni.. 😄
Alhamdulillah, cuaca sejuk segar.. al-maklum laa duduk dalam opis bericond 😅
di awal pagi agak sibuk tadi, sekarang daa free sikit-sikit.. so, sempat laa melakarkan jari d keyboard sebentar.. 




Hakikatnya..

Pekara yang paling sukar adalah menerima sesuatu hakikat. Tetapi adalah lebih baik dan penting kiranya berusaha menerima sesuatu itu berasaskan kenyataan. Mulianya seseorang kerana niatnya yang luhur untuk melihat insan lain dalam suasana kegembiraan dan bahagia. Sedangkan kekhianatan membawa kepada penghinaan. Sebaik-baik impian adalah punya matlamat yang tulus dan ikhlas. Melepaskan seseorang itu untuk mencari dan memilih kehidupan yang disukai, dan apa saja yang suda tersemat dalam lubuk hati..adalah jauh lebih bererti daridapa terus mengunci ia dalam perasaan yang kelam dan tidak berpenghuni. Kebahagiaan terbit dari hati yang jernih, bukan dalam perasaan yang penuh dendam dan dengki. Fahamilah..ketentuaan itu pasti, takdir adalah untuk dihayati dan bukan untuk dihindari. Andai jodoh sudah terbukti, sejauh langit ketujuh pun berlari... pasti akan berhenti di sini untuk bersatu kembali..